Renungan
Masalah Ekonomi
Ramadhan Al-Mubarak
Isu Semasa
Front Page

Kejatuhan Ekonomi!!!!!!
Semua sudah sedia maklum seluruh dunia sedang menghadapi kejatuhan ekonomi yang agak meruncing. Dengan keadaan matawang yang tidak stabil dan harga barangan yang semakin naik tentunya semua orang merasa kesulitan. Tidak mengira golongan yang berpendapatan tinggi lebih lagi yang berpendapatan rendah, keadaan menjadi lebih sukar. Kebanyakkan kita suka menyalahkan pihak-pihak tertentu apabila menghadapi keadaan ini. Sebenarnya apa yang kita perlu sedar ini adalah satu dugaan daripada tuhan untuk menyedarkan kita. Mungkin selama ini kita alpa atas nikmat yang telah dikurniakan pada kita. Kadangkala kita perlu lihat kebelakang setelah kita berada jauh kedepan. Adakah kita telah menunaikan tanggungjawab kita diwaktu kita senang dahulu. Adakah kita telah membelanjakan harta kita pada jalan yang sebenarnya. Kita juga telah disuruh memandang sekeliling kita waktu kita berada. Adakah jiran atau rakan kita yang masih susah dan merempat telah kita bantu. Adakah kita telah membelanjakan harta kita dengan sebenarnya. Cuba kita renungkan berapa banyakkan pembaziran yang telah kita buat. Perbelanjaan yang berlebihan yang melebihi keperluan adalah pembaziran. Tidak kira apa golongan atau pihak manapun. Jika golongan yang besar seperti kerajaan membuat pembaziran keadaan akan menjadi lebih teruk lagi. Rakyat dan negara akan menderita. Kerana apa yang kita buat sebenarnya akan mempengaruhi masa depan kita. Jika semuanya telah kita lakukan dengan sempurna tentunya kita tidak akan merasa gelisah walaupun keadaan ekonomi menghadapi kegawatan. Kerana kita telah sedia maklum sebagai manusia kita tentunya tidak lepas dari cubaan tuhan.


Copyright Reserved © 96-97
Designed and Created by
Syifa