|
Syukur kepada Ilahi kerana telah memanjangkan Umur
kita dan dapat menyambut bulan ramadan tahun ini.
Bulan ini merupakan bulan yang memberikan kita
ganjaran yang besar untuk kita. Bagi orang yang
mengetahui tentunya tidak mahu terlepas peluang
untuk mengerjakan ibadah. Allah telah menjanjikan
rahmat pada awal, keampunan pada pertengahan bulan.
Dan kelepasan dari api neraka pada akhir bulan ramadan.
Apa yang penting ialah kita sama-sama meninggalkan segala
kemungkaran yang kita lakukan. Bersama-sama kita
mengerjakan kebajikan dan kebaikan. Allah telah
menjanjikan menggandakan amal kebajikan kita
lebih-lebih lagi dimalam 'Lailatul Qadar'.
Malam yang dibukakan pintu langit dan diturunkan
para malaikat kebumi.Tentunya beruntung siapa yang
beramal pada malam tersebut dan memohon keampunan ilahi.
Semoga kita semua dapat meningkatkan amalah kita dan
meninggalkan segala yang ditegah kerana pada bulan inilah
merupakan masa yang terbaik untuk kita memperbaiki diri
kita. Janganlah kita hanya berpuasa dengan mendapat
lapar dan dahaga kerana tidak menjaga apa yang telah
ditegah oleh Allah.. Semoga kita beroleh keberkatan..
Insyaallah
Copyright Reserved © 96-98
Designed and Created by
syifa
|