Renungan
Masalah Ekonomi
b
Ramadhan Al-Mubarak
Isu Semasa
Front Page

Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana telahdipanjangkan umur dapat bersama lagi di hariraya Aidil Adha ini. Sebagaimana yang kitamaklum ramai antara saudara kita berpeluangmengerjakan haji di Mekah dan kita disinimenyambut menyambut hari raya korban denganmelakukan korban sembelihan. Tentunya pergorbanankita disini tidak sama dengan saudara kitayang telah berkorban wang dan masa untukmenziarahi rumah Allah di Mekah. Lebih-lebihlagi jika dibanding dengan pergorbanan nabi kita Ibrahim dan Ismail di suatu masa dahulu.Mereka sanggup mempertaruhkan nyawa merekahanya semata-mata menegakkan islam.Nabi Ibrahim telah dibakar hidup-hidup olehRaja Namrud dan Nabi Ismail sanggup di sembeliholeh ayahnya Nabi Ibrahim hanya untuk islamdan menuruti perintah Allah. Hanya dengankuasa Allah akhirnya sifat api yang panas telahmenjadi sejuk dan Nabi Ismail telah ditukarkandengan kibas. Tentunya semuanya ada hikmahnyauntuk umat islam semua. Pengorbanan nabi danrasul kita, lebih-lebih lagi Nabi Mohammad s.a.w.adalah semata-mata untuk mempertegakkan islamuntuk kepentingan umat seperti kita - umat di akhir zaman ini. Tetapi kini bagaimanakah dengan kita !!!Adakah kita sanggup mempertaruhkan nyawa, hartabenda dan sebagainya demi menegakkan islamdan menuruti perintah Allah. Tepuk dada tanyaiman. Sedarkah kita betapa nipisnya iman kita jika kita kaji kelemahan kita. Berapa ramaikahantara kita berani untuk menegakkan ajaran dantuntutan islam yang global, meliputi hukum, politik, sosial, ekonomi dan sebagainya. Dalam islam sebenarnya tidak ada was-was atau pengkajian kesesuaian untuk perundangan atau muamalah islam. Para nabi dan sahabat telahmenerima islam dengan sepenuhnya. Merekatahu bahawa ianya adalah ajaran yang benar yangturun dari 'Loh Mahfuz', bukan dapat dicakupioleh akal manusia. Sejarah telah membuktikanjika islam diamalkan sepenuhnya, kita akan dapatmencapai kejayaan dunia dan akhirat, bukan kejayaandunia seperti yang dikejar oleh penduduk duniaketika ini. Kerana itulah Al-Quran dan Hadis merupakan tuntutan yang perlu diamalkan,bukan hanya untuk dibaca untuk tujuan-tujuan tertentu dan dihari-hari tertentu sahaja. Semoga dihari mulia ini, kita akan sedar tentangapakah pergorbanan yang perlu kita buat !!!Tidak hanya mengorbankan binatang ternakan kitatelah merasakan yang kita telah berkorban......


Copyright Reserved © 96-98
Designed and Created by
syifa