|
Assalamua'laikum...
Bersyukur kita kepada Allah dan
Selawat dan Salam keatas junjungan kita Nabi
Muhammad (s.a.w) yang telah memberikan kita
ajaran dan petunjuk sepanjang zaman. Walaupun
kita umat yang diakhir zaman ini tidak pernah
melihat nabi tapi kita bersyukur kerana kita
dilahirkan dalam islam. Kita telah diberi
petunjuk sepenuhnya dan AlQuran dan AlHadis.
Petunjuk yang sesuai sepanjang zaman dan
setiap ketika. Semua antara kita mengakuinya
tetapi tak ramai yang menghayati dan mengamalnya.
Kerana itulah umat islam kini ketinggalan dari
banyak segi. Benarlah pegangan islam diakhir
zaman seperti buih-buih dilautan.
Adakah kita boleh biarkan begitu sahaja. Dan kita juga
diingatkan bahawa diakhir zaman ini kita terbahagi
kepada lebih 70 golongan dan satu golongan sahaja yang
akan diredhai dan dimasukkan ke syurga. Dimanakah kita
sekarang. Kita perlu muhasabah diri. Jika kita tersesat,
maka mulai sekarang kembalilah kepada AlQuran dan AlHadis,
Cari guru atau ulama untuk membimbing kita kearah yang
benar. Kunjungilah masjid-masjid, hadirlah kekuliah agama,
berdoalah semoga kita diberi petunjuk yang sebenarnya.
Kita tidak boleh berlengah lagi kerana pergertian dunia itu
sendiri adalah 'dekat'. Oleh itu dikesempatan yang ada ini
marilah kita sama-sama bertaubat dan kembali menghayati dan
mengamalkan islam untuk hidup yang selamanya diakhirat.
Dalam AlQuran telah diceritakan betapa ramai umat manusia
yang meminta dikembali kedunia kerana menyesali apa yang
telah mereka lakukan dahulu setelah ditunjukkan azab neraka
kepada mereka. Ingatlah hidup didunia ini hanya sementara,
gunakan masa yang ada untuk berubah kepada jalan yang
diredhai.
Sebagaimana kita sedia maklum juga umat islam kini
sedang menghadapi keadaan yang sukar tidak
kira dimana negara pun. Jika di sini kita menghadapi
masalah seperti kerosakan akidah, keruntuhan moral,
dan berbagai isu lain termasuk ketidaksepakatan
umat islam. Kita sebenarnya masih lagi berpecah belah,
masih tidak dapat disatukan untuk membentuk ummah
yang kuat seperti zaman para nabi dan sahabat.
Tapi kita masih bersyukur tidak mengalami nasib
seperti rakyat islam di negara lain yang dilayan
dengan tidak berperikemanusiaan.
Seperti keadaan dibanyak negara Islam lain yang sudah
seluruh dunia maklum, tentunya rakyat mereka sentiasa
hidup dalam keadaan yang tidak menentu kerana ancaman
yang sentiasa didatangi. Sebenarnya sebagai umat islam
diakhir zaman ini kita tidak boleh membiarkan keadaan
itu berlanjutan kerana dalam islam kesemua kita adalah
bersaudara. Kita tidak boleh hidup tanpa masyarakat.
Jika kita kaji dari segi sejarah negara-negara
di 'teluk' pada zaman nabi dan sahabat adalah
sebuah empayar islam yang kuat yang telah
meruntuhkan empayar Rom dan Parsi. Islam
telah mengantikannya dengan kehidupan yang
adil dan saksama berlandaskan kesucian dari
Ilahi 'tuhan yang satu' bukannya fikiran akal manusia.
Sehinggalah kezaman kerajaan 'Osmaniah' kerajaan
islam merupakan empayar yang kuat dan saksama.
Kemudian kerajaan islam Turki merupakan empayar
islam terbesar yang memerintah negara-negara dirantau
Teluk ini. Sehingga ada kuasa barat cuba
meruntuhkan islam dengan membuat berbagai cara,
tentunya islam tidak dapat dijajah terus oleh mereka
Kerana empayar islam adalah kuat, mereka akhirnya
menggunakan orang islam sendiri untuk menjatuhkan islam.
Umat islam dihasut berpecah kepada puak dan memberontak.
Barat ketika itu tahu bahawa negara islam diteluk ini
mempunyai kekayaan hasil buminya ingin mengambilalih
kuasa dan kekayaan tersebut. Mereka menaja dan
menyokong kuat pemberontakan kerana mereka tahu
ketua-ketua pemberontak ini akan tentunya akan
mengikut telunjuk mereka apabila menjadi pemerintah.
Kerana itulah empayar Islam Turki akhirnya berpecah
dan bermulalah pemerintah baru dibumi Turki, Iraq
dan lain-lain negara diteluk. Iraq merupakan negara islam
yang banyak melahirkan cendikiawan dan teknologi baru
dunia ketika itu telah jatuh. Sg. Furat merupakan keranda
bagi kitab-kitab ilmu yang tidak dapat dibawa oleh barat
ketempat mereka. Kitab-kitab hasil tangan orang islam yang
masyhur telah dibawa balik dan ditukarkan namanya
oleh barat sehinggalah sekarang. Akhirnya perjanjian
telah dicapai dan mereka telah memperolehi
kebanyakan hasil bumi negara teluk sehinggalah sekarang.
Kerana itulah mereka sekarang menjadi senang dengan
mengeskplotasi penduduk negara-negara di teluk ini.
Bagi kaum kufar ini sesiapa yang menentang mereka perlu
dihapuskan. Dan jika ini berlanjutan tentunya penduduk
islam Iraq dan negara islam lain masih terus dalam kedaifan.
Berlainan dengan keadaan kita disini. Walaupun kita agak
selesa disini tetapi pengajarannya amat penting bagi kita.
Oleh itu sebagai umat islam kita perlulah bersatu dan
kembali insaf, sekurang-kurangnya pengajaran ini akan
menjadikan kita sedar dan berjuang untuk mengembalikan
kegemilangan islam seperti dahulu.
Copyright Reserved © 96-97
Designed and Created by
Syifa
|